Aku tidak mengetahui kebenaran mutlak. Tetapi aku menyedari kebodohanku itu, dan di situlah terletak kehormatan dan pahalaku.
Alangkah buruknya nilai kata mutiara kasih sayang yang meletakkan batu di satu sisi bangunan dan menghancurkan dinding di sisi lainnya.
Manusia terbahagi dalam bangsa, negara dan segala perbatasan. Tanah
airku adalah alam semesta. Aku warganegara dunia kemanusiaan.
Kamu mungkin akan melupakan orang yang tertawa denganmu, tetapi tidak mungkin melupakan orang yang pernah menangis denganmu.
Harta benda yang tak punya batas, membunuh manusia perlahan dengan
kepuasan yang berbisa. Kasih sayang membangunkannya dan pedih peri
nestapa membuka jiwanya.
Tuhan telah menyalakan obor dalam hatimu yang memancarkan cahaya
pengetahuan dan keindahan; sungguh berdosa jika kita memadamkannya dan
mencampakkannya dalam abu.
Aku berjalan selalu di pantai ini. Antara pasir dan buih, Air pasang
bakal menghapus jejakku. Dan angin kencang menyembur hilang buih putih.
Namun lautan dan pantai akan tinggal abadi.
Kebijaksanaan tidak lagi merupakan kebijaksanaan apabila ia menjadi
terlalu angkuh untuk menangis, terlalu serius untuk tertawa, dan terlalu
egois untuk melihat yang lain kecuali dirinya sendiri.
Hanya diperlukan waktu semenit untuk menafsir seseorang, sejam untuk
menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi
diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.
Sahabat adalah keperluan jiwa yang mesti dipenuhi. Dialah ladang
hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau subur dengan penuh rasa
terima kasih. Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu. Kerana kau
menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa memerlukan
kedamaian.
9:53 PM
Unknown